Total Pageviews

Tuesday, December 13, 2011

Duniawi

Kebanyakan manusia sentiasa mencari sesuatu yang dapat menjaminkan mereka dalam masa 24 jam tanpa memikirkan darimana datangnya jaminan tersebut dan situasi ini berlaku pada setiap dari kita samada sihat ataupun terlantar di hospital dan ramainya menyatakan bersedia untuk berada dalam kotak yang amat selesa dan termasuklah aku . Kesimpulanya kita sentiasa lemas dalam pencarian yang tepat untuk mencari satu ruang yang cukup luas dan selesa besertakan persekitaran yang aman dan manusia memang tidak cukup dengan apa yang ada dan oleh itu Islam telah memfokuskan satu aluran yang lengkap dalam putaran hidup yang memudahkan apa-apa masalah yang dihadapi walaupun dengan keadaan sedar ataupun tidak dan yang pasti manusia akan berjaya bila ISLAM itu diletakan pada tempatnya dan bukan sebagai satu objek yang kaku dan dibiar begitu saja tanpa menghayati dan amatinya.

Tuesday, November 23, 2010

Pengamalan Kaedah Mendapatkan Sesuatu (Dunia)

a) Prasyarat Untuk Mengamalkan Amalan Ini :- Air , Bersih , Suci , Sabar , Tekun , Displin dan Banyak Lagi .

Sunday, November 21, 2010

Pedoman Dalam Pembelajaran Amalan TG

Untuk mempelajari amalan ini syarat-syarat tertentu yang terkandung dalam Pedoman Asas mestilah dipatuhi dengan bersungguh-sungguh dan ianya mestilah berterusan tanpa ada perhentian samada ianya terdesak ataupun terlalu sibuk dengan urusan-urusan lain dan yang terpenting mestilah bersungguh-sungguh dan BERSABAR , dua perkara ini adalah utama beserta sedikit SUMBANGAN untuk Pusat Tahfiz yang sedang dibangunkan sekarang dan janganlah teragak-agak dan ragu-ragu dengan apa yang kami akan persembahkan nanti , yang pasti percayalah dengan penuh keyakinan Insyallah apa yang akan kami salurkan akan mendapatkan faedah kepada anda dunia dan akhirat , Insyallah . Jjaj Hanbaly

Wednesday, November 4, 2009

PENDINDING

Manusia di anugerahkan segala jenis kebolehan samada terang-terangan atau dalam keadaan sembunyi tanpa dikesan dan yang anehnya umat Melayu amat senang untuk memperolehi segala jenis GHAIB tetapi tidak diamalkan dengan sempurna sehinggakan pantang larang tertentu kita abaikan sepertimana dalam penjagaan makanan dan minuman . Sekiranya umat Melayu ingin mempunyai ketahanan diri yang kuat dan tegap , faktor pemakanan mesti diambil serius dan tegas kerana sumber pemakanan mendatangkan kekuatan dan keyakinan yang kuat bila kita mengamalkan sesuatu perkara apatah lagi ianya dari bidang pertahanan DIRI.Pemakanan adalah faktor utama dalam mendatangkan keyakinan dan kecergasan diri , ramai dari kalangan pahlawan dahulukala amat menitik beratkan tentang pemakanan sehinggakan mereka boleh tahu makanan yang beracun atau pun tidak dan sememangnya kebolehan mereka-mereka itu amat istimewa dan Melayu diabad ini berkurangan dalam keistimewaan tersebut dan bagi mempastikan kesinambungan itu berlarutan kita haruslah memperbaiki sistem perhubungan kita sesama Melayu amnya dalam GLOBAL ini.